Gambaran keseluruhan Tamadun_Minoan

Tidak diketahui panggilan sebenar golongan dalam tamadun ini pada diri mereka sendiri - istilah "Minos" mula-mula digunakan merujuk mitos "raja" Minos oleh Arthur Evans (kata asal yang digunakan: Minoan civilization).[5] Minos dikaitkan dalam mitos Yunani dengan labirin, yang dikenal pasti oleh Evans sebagai tapak di Knossos. Ia kadang kala dikemukakan bahawa tempat Mesir Kuno dengan nama "Keftiu" (*Káftiu kftiw) dan "Kaftor" Semitik atau "Caphtor" dan "Kaptara" dalam arkib Mari, Syria merujuk kepada pulau Kriti; "Sebaliknya sesetengah fakta diakui mengenai Caphtor/Keftiu hanya boleh dikaitkan dengan sukar dengan Kriti," menurut John Strange.[6] Dalam Odyssey, dikarang berabad selepas kemusnahan tamadun Minos, Homer menggelar penduduk asli Kriti bahasa Eteocretan ("Cretans sebenar"); ini mungkin merupakan keturunan dari Minoans.

Istana Minos (anaktora) adalah jenis bangunan paling banyak diketahui yang telah dibongkar di pulau tersebut. Ia merupakan bangunan penting yang berfungsi bagi tujuan pentadbiran sebagaimana terbukti dengan sejumlah besar arkib yang didedahkan oleh ahli arkeologi. Setiap istana yang dibongkar sehingga kini memiliki ciri-ciri unik, tetapi mereka turut berkongsi ciri-ciri yang membezakan mereka dengan struktur yang lain. Istana ini sering kali bertingkat, dengan tangga dalam dan luar, telaga cahaya, tiang yang besar, bilik simpanan dan halaman.

Ia kelihatan bahawa bangsa Minos bukanlah Proto-Indo-Europah, dan mereka tidak memiliki kaitan dengan penduduk pra-Yunani di tanah besar Yunani dan Anatolia Barat, yang dikenakli sebagai bangsa Pelasgian.[7] Bagaimanapun, peradapan Minos adalah lebih maju dan sofsikated berbanding kebudayaan Helladik semasa ketika zaman gangsa. Skrip Minos (Linear A) masih belum ditafsirkan, tetapi ia kelihatannya mewakili bahasa Tyrsenia/Aegea, tidak berkait dengan sebarang bahasa Indo-Europah. Dari zaman neolithik Kriti duduk dipertengahan antara dua aliran tamadun mengarah ke barat: Aliran budaya Asiatik hadapan dan Afrika utara. Ia kelihatannya bahawa bagi beberapa abad Minos Kriti kekal bebas dari sebarang penjajah dan berjaya mengembangkan budaya dibangunkan sendiri yang berlainan yang kemungkinannya paling maju di kawasan Mediterannean semasa zaman gangsa.[8][9]